87828

Datuk Seri Aliff Syukri Mohon Maaf - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berikutan ramai yang mengkritik tindakan jutawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri (DSA) yang memuatnaik video isterinya yang sedang bersalin, beliau telah tampil memohon maaf di Instagramnya.

DSA telah memuatnaik sebuah gambar emoji yang menunjukkan beliau sedih dengan apa yang berlaku.

Katanya dalam kapsyen yang panjang lebar itu, beliau memohon maaf jika ada pihak yang tidak senang dengan video yang dimuatnaiknya dan tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Jelasnya lagi, niatnya hanyalah untuk berkongsi saat seorang ibu melahirkan anak supaya para suami di luar sana lebih menghargai pengorbanan seorang isteri.

Katanya lagi, kepada individu yang suka berfikir negatif lebih baik tidak payah menonton videonya kerana semua yang dimuatnaiknya di YouTube adalah mengisahkan perjalanan cara hidupnya.

Namun DAS menghormai pandangan masing-masing dan berharap supaya perkara ini tidak berlarutan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!