87754

Datuk Seri Aliff Syukri Rakam Detik Kelahiran Anak keempat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahniah SURIA ucapkan kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri kerana baru sahaja dianugerahkan cahaya mata yang keempat.

Bayi lelaki yang diberi nama Yusoff Al Qardawi itu dilahirkan secara normal pada hari Isnin 25 Jun 2018 di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang.

Proses bersalin Datin Seri Shahida dikhabarkan begitu mudah malah tiada jahitan yang diperlukan selepas melahirkan bayi keempatnya.

Datuk Seri Aliff yang gemar memuatnaik video di Instagram telah berkongsi video detik-detik kelahiran putera bongsunya itu.

Ramai netizen yang terharu menonton video yang dimuatnaik oel hDatuk Seri Aliff dan memuji keberaniannya menemani isteri di wad bersalin.

Malah bayinya juga dipuji netizen kerana mempunyai wajah yang sangat comel dan putih gebu.

Biarpun baru sahaja dilahirkan, Datuk Seri Aliff telah membuka akaun Instagram untuk putera bongsunya itu. Sehingga kini pengikut Yusoff Al Qardawi telah mencecah hampir 100 ribu pengikut.

Semoga dengan kelahiran putera baru ini, dapat mewarnai lagi kehidupan Datuk Seri Aliff sekeluarga. Kepada Datin Seri Shahida, selamat berpantang kami ucapkan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber