90880

Datuk Seri Siti Nurhaliza Berdikir Anta Permana Bersama Penyampai SURIA - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa sangka video dikir ‘Anta Permana Challenge’ yang dimuatnaik oleh penyampai Team Pagi Suria iaitu Issey  telah berjaya menarik perhatian Datuk Seri Siti Nurhaliza sehingga beliau akhirnya bergabung bersama-sama penyampai Suria yang lain dalam satu persembahan dikir.

Lebih menarik, Dikir Anta Permana itu turut diiringi oleh kumpulan Dikir Exclusive menjadikan persembahan itu kelihatan begitu ‘hidup’ sekali.

Kesudian penyanyi nombor satu negara itu untuk bersama-sama menjayakan Anta Permana Challenge versi dikir itu telah berjaya menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji persembahan bersahaja Datuk Seri Siti bersama penyampai-penyampai Suria yang lain.

Suara lunak Datuk Seri Siti kedengaran begitu merdu sekali biarpun hanya sekali sahaja latihan dilakukan sebelum rakaman bermula.

Ada netizen yang ‘meremang’ mendengar kelunakan suara Datuk Seri Seti mengalunkan lagu Anta Permana terutamanya di bahagian akhir lagu tersebut. Bukan itu sahaja, netizen dari Indonesia turut terhibur dengan persembahan Anta Permana versi dikir itu.

Terima kasih yang tidak terhingga SURIA ucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza diatas kesudian beliau menjayakan persembahan istimewa ini. Bagi and ayang belum menonton video Dikir Anta Permana ini, bolehlah layari saluran YouTube Suria Malaysia, Facebook Suria Malaysia dan laman sesawang Suria.My.

Semoga anda semua terhibur!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!