71952

Datuk Vida Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Produksi AJL-31 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini, nama jutawan kosmetik iaitu Datul Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan diri dan perniagaannya.

Baru-baru ini lagu sekali namanya menjadi bualan hangat apabila beliau meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang tidak membenarkan beliau untuk menghadiri anugerah tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

screen-shot-2015-06-18-at-5-41-16-am

Apa yang difahamkan, menurut beliau, pihak berkenaan memberikan alasan bahawa tiket untuk ke program tersebut sudah habis dan Datuk Vida menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak profesional kerana beliau adalah bekas penaja utama anugerah tersebut pada tahun 2014 dan 2015.

“Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan.”

Mungkin ada berlaku salah faham diantara pihak Datuk Vida dan produksi AJL. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik sebab industri hiburan di Malaysia ini kecil sahaja, pusing-pusing berjumpa kembali. 

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!