100407

David Beckham Obses Dengan Produk Kecantikan Isteri - Suria FM - Segalanya Hiburan

PEMAIN bola sepak terkenal David Beckham mengakui obses dengan produk kecantikan jenama Victoria Beckham Beauty (VBB) milik isterinya, Victoria Beckham.

Menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) di akaun Victoria, penyanyi itu berkata suaminya merupakan model terbaik untuk mempromosikan produk-produknya.

“Dia model terbaik saya,” kata Victoria.

Ahli kumpulan Spice Girls ini turut berkata suaminya gemarkan serum terbaharu keluaran jenama kosmetiknya yang bertujuan membantu mengembalikan keremajaan.

Serum tersebut dijual di pasaran dengan harga £180 (RM980).

“Saya juga baru saja dapat mesej daripada David yang mengatakan dia sudah kehabisan serum ini. Dia sangat sukakannya. Saya akan bawa balik sebotol untuknya,” ujarnya.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Dailymail

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...