85179

Dayang dan Jamal Berganding Untuk Minggu Setiausaha - Suria FM - Segalanya Hiburan

20180306_1546330

Berita baik buat para peminat dua orang penyanyi  dengan vokal luar biasa, iaitu Dayang Nurfaizah dan Jamal Abdillah.

Mereka berdua bakal mengalunkan kemerduan suara mereka untuk Minggu Setiausaha 2018 di acara “Luncheon With The Stars – In Celebration of Secretaries Week 2018” yang akan diadakan pada Rabu 25 April 2018 di Dewan Utama, Hotel Tenera. Ini merupakan persembahan julung kalinya yang diadakan di Hotel Tenera dan bakal mencipta sinergi nyanyian dan muzik yang pasti sukar dilupakan.

“Kami memilih Dato’ Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah kerana kredibiliti mereka dalam industri seni tanah air yang sentiasa memberikan persembahan terbaik di setiap acara, dan kami ingin kongsi bersama dengan semua tetamu kami, ” jelas Muhamad Shafei, Pengurus Besar Hotel Tenera.

Hotel yang bertaraf 4 bintang dengan kapasiti sebanyak 502 bilik merangkumi dua blok iaitu blok hotel dan blok pangsapuri yang  dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) serta diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd. Hotel ini juga  mempunyai tiga kolam renang di mana dua daripadanya terletak di blok hotel dan satu di blok pangsapuri. Malah salah satu kolam renang dikhaskan hanya untuk wanita bagi memberi keselesaan kepada mereka.

“Luncheon With The Stars – In Celebration of Secretaries Week 2018”, sebuah acara bertujuan meraikan kakitangan tadbir dan setiausaha di seluruh Malaysia. Pelaksanaan program ini juga dilihat sebagai salah satu strategi dalam memperkenalkan nama Hotel Tenera yang baru saja memulakan operasinya.

20180306_154102

Acara ini juga turut mendapat kerjasama dari stesen radio Suria FM – Segalanya Hiburan sebagai radio rasmi dalam mempromosikan acara yang akan berlangsung ini. Peminat-peminat berpeluang untuk memenangi tiket masuk secara percuma dengan mendengar Suria FM.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM 280 seorang untuk meja Silver, RM 380 untuk meja Gold dan RM 500 seorang untuk meja Platinum yang dilengkapi dengan set makan tengahari yang istimewa dari tukang masak hotel. Setiap tetamu boleh menjangkakan persermbahan yang memukau dan eksklusif dengan keadaan yang lebih
santai bersama dengan penyanyi pujaan.

Untuk Sebarang maklumat, boleh hubungi nombor di talian 019-2610796 atau e-mel adib.m@tenerahotel.com.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!