72895

Dayang Nurfaizah Buktikan Kehebatan di Singapura - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-03-at-11-35-26-am

Pasti ramai yang tahu bahawa penyanyi popular, Dayang Nurfaizah baru sahaja mengadakan konsert untuk para peminatnya di Singapura.

Menurut laporan Utusan Online, konsert perdana Dayang Nurfaizah di Kota Singa mendapat sambutan hangat republik tersebut apabila dewan berkapasiti 1,600 itu penuh dengan kehadiran peminat setianya

Berlangsung di Dewan Esplanade pada satu Januari lalu, Dayang Nurfaizah berjaya memukau audiens dengan vokalnya menerusi himpunan lagu-lagu popularnya sepanjang dua jam konsert.

Membuka tirai persembahan dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Erti Hidup, dewan bergema dengan jeritan dan tepukan gemuruh peminat setianya yang memenuhi dewan tersebut termasuk dari Malaysia.

Selain itu, konsert yang dipimpin Jenny Chin sebagai pengarah muzik itu turut mempersembahkan pilihan lagu-lagu medley dan lagu-lagu runut bunyi (OST).

whatsapp-image-2018-01-03-at-11-35-26-am-1

Sudah pasti lagu-lagu hitsnya turut dipersembahkan dan mendapat tepukan gemuruh peminat antaranya Layarlah Kembali, Separuh Matiku Bercinta, Di Pintu Syurga dan Lelaki Teragung yang menutup tirai persembahan.

Menurut Dayang Nurfaizah, seleksi lagu-lagu yang didendangkan pada malam itu istimewa buat peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya.

“Persembahan ini ibarat perjalanan kerjaya muzik saya bersama-sama peminat.

“Saya benar-benar berpuas hati dan bersyukur dengan sokongan peminat,” katanya.

Konsert Dayang Nurfaizah itu mendapat sambutan hangat peminat apabila tiket-tiket habis terjual selepas tiga hari dipasarkan.

whatsapp-image-2018-01-03-at-11-35-26-am-2

Syabas Dayang dan semoga lebih banyak konsert lagi di masa hadapan!

sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!