Aktres popular Bollywood, Deepika Padukone tidak malu untuk mengakui dirinya pernah berperang dengan masalah depresi satu ketika dahulu.

Deepika telah berkongsi masalah despresi yang dihadapinya dalam sebuah video mengenai kesedaran masalah dipresi yang bertajuk #NotAshamed yang dimuatnaik di Facebook.

Kata Deepika dalam video itu, beliau percaya ramai yang tidak akan faham apa yang pernah dilaluinya ketika itu.

“Saya tidak mahu bagun dari tidur. Saya rasa lebih tenang ketika tidur kerana saya rasa saya dapat lari dari tekanan. Bangun dari tidur merupakan perjuangan dan penyiksaan dan saya rasa saya masih takut dengan keadaan itu. Saya rasa terlalu sukar untuk saya bangun dari tidur kerana saya tidak mahu menghadapi dunia”, katanya dalam video berkenaan sambil mengalirkan air mata.

Deepika telah didiagnosis oleh doktor menghidapi masalah depresi klinikal pada tahun 2014.

Namun kata Deepika, 90 peratus yang menderita masalah depresi di India enggan mendapatkan bantuan.

“Depresi adalah seperti penyakit yang lain. Anda perlu mendapatkan rawatan untuk mengatasinya

Masih ada yang enggan mencari bantuan kerana stigma takut dikatakan menghidap penyakit mental. Pada tahun 2015, saya berkongsi cerita saya. Hari ini saya menggalakkan anda untuk berkongsi dan juga menggunakan hashtag #NotAshamed” jelasnya.

Siapa sangka disebalik senyuman manis aktres popular seperti Deepika Padukone yang sering kelihatan ceria terselit satu kisah duka yang mungkin tiada siapa yang dapat memahaminya. Namun seperti kata Deepika, masalah depresi ini boleh diatasi dengan bantuan dan saluran yang betul.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!