91283

Deepika Padukone & Ranveer Singh Kongsi Gambar Nikah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan pengantin baru Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh telah berkongsi gambar nikah mereka di Instagram masing-masing.

 

Mereka berdua tidak menunggu lama untuk untuk berkongsi detik bersejarah mereka bersama peminat-peminat di seluruh dunia.

Pasangan mempelai ini kelihatan begitu segak dalam persalinan tradisional rekaan pereka fesyen terkenal India Sabyasachi Mukherjee.

Tangan Deepika juga dihiasi dengan inai dan kelihatan cukup berseri-seri.

Setakat ini, gambar yang dimuatnaik di Instagram Deepika itu telah mendapat lebih dari 5 juta Likes dan hampir 200 ribu komen dari netizen termasuklah para selebriti Bollywood.

SURIA puji sikap Deepika dan Ranveer yang sudi berkongsi gambar pernikahan mereka berdua bersama peminat. Ada selebriti yang menjual hak eksklusif gambar pernikahan bernilai jutaan dollar.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!