91267

Deepika Padukone & Ranveer Singh Sah Bergelar Suami Isteri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan sensasi Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh kini sah bergelar suami isteri.

Kedua-dua mereka telah dinikahkan di Tasik Como di Itali pada 14 November 2018.

 

Mereka berdua telah bernikah mengikut adat tradisional Konkani.

Majlis pernikahan mereka telah dihadiri oleh keluarga rapat dari kedua belah pihak.

Kelihatan daripada gambar perkahwinan mereka yang tersebar, kesemua mereka hadir memakai pakaian tradisional berwarna krim.

Pakai pengantin juga daripada warna yang sama direka khas oleh pereka fesyen terkenal India Sabyasachi Mukherjee.

Selepas ini terdapat beberapa lagi majlis resepsi yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah pihak termasuklah majlis bersama rakan-rakan selebriti di India.

Tahniah SURIA ucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke anak cucu.

 

Sumber : ET

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!