90729

Deepika Padukone & Raveer Singh Akan Berkahwin 14 November Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan sensasi Bollywood iaitu Deepika Padukone dan Ranveer Singh telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Semalam Ranveer dan Deepika telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka berdua di akaun Instagram milik masing-masing.

Perkahwinan hero dan heroin filem Bajirao Mastani itu akan berlangsung di Tasik Como Itali pada 14 & 15 November depan.

Pengumuman tarikh perkahwinan kedua-dua superstar Bollywood itu sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

Deepika dan Ranveer dikatakan mula menjalin cinta selepas sama-sama terbabit dalam filem Ram Leela arahan Sanjay Leela Bhansali.

Selepas itu mereka sekali lagi bergandingan dalam filem Bajirao Mastani dan yang terbaru Padmaavat di bawah arahan pengarah yang sama.

Tahniah SURIA ucapakan kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga ikatan perkahwinan yang bakal dibina berkekalan selamanya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!