72630

Di Mana Nama Jalil Hamid Di FFM29? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Agak mengejutkan apabila nama pelakon berkaliber, Jalil Hamid tercicir dari kelompok 5 terbaik untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM29.

Walaupun sudah mempamerkan persembahan yang mantap dalam filem Bisik Pada Langit, namun itu masih belum melayakkan beliau berada dalam kelompok lima terbaik.

screen-shot-2017-09-25-at-2-29-11-pm

Ramai yang tertanya-tanya dan mempersoalkan kenapa nama Jalil Hamid tidak berada bersama calon pelakon lelaki terbaik yang lain kerana ramai yang meramalkan Jalil bakal membawa pulang anugerah itu.

Ada juga yang memberi pandangan bahawa lakonannya dalam filem Bisik Pada Langit adalah lakonan terbaik Jalil sepanjang bergelar aktor.

screen-shot-2017-09-25-at-2-34-58-pm

Pada malam itu Nam Ron telah membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik FFM29 menerusi filem Redha.

Filem terbaik pula dimenangi oleh filem Adiwiraku manakala pengarah terbaik pula dimenangi oleh Dain Said menerusi filem Interchange.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!