86176

Di Usia 50 Tahun, Ziana Zain Masih Maintain Cantik & Bergetah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam diva kesayangan negara Ziana Zain telah menyambut hari kelahirannya yang ke 50 tahun. Ya 50 tahun! Itulah usia sebenar ibu beranak empat ni.

Memasuki usia separuh abad, Ziana masih kekal cantik, langsing dan bergetah. Jika wanita lain, mungkin sudah nampak tanda penuaan dan kedutan di wajah, tetapi tidak pada wajah Ziana.

Tubuhnya juga masih kekal seperti anak dara. Malah di usia 50 tahun, Ziana masih mampu menggayakan apa sahaja fesyen terkini yang kena dengan tubuh genitnya.

Memiliki wajah seiras bintang Hollywood Jennifer Lopez, Ziana sering menjadi idola kepada ramai wanita dan juga para selebriti tempatan.

Kerana kehebatannya dalam berfesyen, ramai pereka fesyen di Malaysia yang mahu busana mereka dipakai oleh Ziana.

SURIA pun makan hati tengok wajah dan tubuh Ziana yang masih ‘maintain’ macam anak dara. Nanti kalau jumpa Ziana kita nak korek rahsia ok!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!