90440

“Dia Ingat Ni Oscar Award Ke?” – Netizen Kecam Baju Reen Rahim Di ABPBH31 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu telah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH31), di mana ramai artis yang hadir untuk memberi sokongan.

Sudah menjadi lumrah acara anugerah hiburan, setiap artis yang hadir akan memakai busana yang gah untuk melalui laluan karpet merah.

Antara selebriti yang menarik perhatian ialah aktres cantik Reen Rahim. Reen hadir memakai gaun biru gelap potongan berkemban dengan perincian tali di bahagian sebelah bahu.

Namun gaya Reen Rahim itu telah mendapat kecaman daripada netizen yang merasakan gaun yang dipakai Reen pada malam itu terlampau seksi.

Namun disebalik kecaman yang diterima, ada juga netizen yang suka dengan gaya Reen Rahim dan memintanya untuk mengendahkan kecaman netizen.

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti, apa saja yang dilakukan atau dipakai pasti menjadi bualan netizen.

Tapi nasihat yang baik kita ambil sebagai panduan, segala kecaman yang negatif kita tapis dan jadikan sempadan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!