88926

Digelar Perempuan Neraka Oleh Netizen, Ini Jawapan Nabila Huda - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lalu Kuala Lumpur dihangatkan dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KL Fashion Week (KLFW).

Ramai selebriti serta pencinta fesyen diundang bagi menghadiri acara yang diadakan setahun sekali itu.

Salah seorang selebriti yang diundang ke KLFW tentunya Nabila Huda yang merupakan seorang aktres dan ikon fesyen tanah air.

Nabila telah memuatnaik fotonya ketika menghadiri KLFW di Instagram berserta kapsyen “Fashion Zaman Nenek Kau”.

Namun kapsyen itu nyata mengundang kecaman daripada netizen yang mengatakan nenek mereka tidak memakai fesyen seperti itu.

Malah ada yang lebih berani mengatakan pelakon yang lebih mesra dipanggil Abil itu sebagai perempuan neraka.

Tetapi Abil tidak membiarkan perkara itu begitu sahaja, beliau telah membalas kata-kata negatf yang dilemparkan kepadada.

Aduh netizen ni pun kalau nak komen tu jagalah bahasa anda. Sebab dalam kita tak sedar, bahasa yang kita gunakan untuk menegur itu juga sebenarnya melambangkan siapa diri kita yang sebenar.  Kan dah kena ‘sound’ dengan Abil.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!