72372

Dikatakan Sudah Bertunang, Fathia Latiff No Comment! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam Suria berkesempatan bertemu pelakon cantik, Fathia Latiff di Majlis Iftar Universal Music Malaysia yang berlangsung di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

screen-shot-2017-06-20-at-11-03-24-am

Kemunculan Fathia di majlis itu menjadi tanda tanya ramai, kerana majlis yang dianjurkan syarikat rakaman selalunya hanya akan dihadiri oleh penyanyi dan jarang sekali pelakon yang dijemput.

Ramai yang beranggapan bahawa Fathia bakal menjadi penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman gergasi itu.

screen-shot-2017-06-20-at-11-04-01-am

Fathia sewaktu ditemui berkata beliau memang bercita-cita menjadi seorang penyanyi malah itu yang diidamkan beliau sebelum bergelar pelakon.

Kata Fathia lagi, beliau sangat berbesar hati andai syarikat itu mahu melamarnya sebagai penyanyi.

screen-shot-2017-06-20-at-11-03-48-am

Baru-baru ini bertebaran gosip mengatakan pelakon Menanti Februari ini sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka. Namun sewaktu ditanya Fatiya enggan mengulas mengenai perkara ini.

screen-shot-2017-06-20-at-11-04-36-am

Fathia turut diaju soalan tentang isu temubualnya bersama bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad yang tular baru-baru ini. Namun beliau sekali lagi mengunci mulut tanpa mahu memberi sebarang komen.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!