87701

Dikritik Lakonan Mempersenda Agama, Ini Respon Sharifah Sakinah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu, SURIA sempat menonton telemovie Bini Aku Dari… Lakonan Sharifah Sakinah & Aiman Hakim Redza yang ditayangkan di saluran Astro.

Telemovie ini adalah kesinambungan daripada drama popular Girlfriend Aku Dari Neraka yang turut dilakonkan oleh pelakon yang sama.

Dalam telemovie terbaru ini memaparkan kisah rumahtangga Lydia lakonan Sharifah Sakinah dan suaminya selepas berkahwin.

Lydia yang berkarektor bimbo mudah terpengaruh dengan ceramah yang ditontonnya sehingga melakukan perkara yang pelik-pelik seperti memakai telekung bersama hiasan kepala untuk menunaikan solat Terawih.

Malah dalam satu babak ketika sedang makan, Lydia memakai sarung tangan kerana takut tersentuh ikan jantan yang boleh menyebabkan wuduknya terbatal.

Biarpun telemovie ini hanyalah rekaan dan hiburan semata-mata, namun nampaknya ada sesetengah penonton yang berpendapatan ia kelihatan seolah-oleh mempersendakan hukum agama.

Pemakaian telekung Sharifah Sakinah dalam telemovie berkenaan turut dikritik oleh netizen yang disifatkan sebagai berlebihan.

Sakinah yang sedar akan kritikan-kritikan negatif yang sedang tular telah mengeluarkan satu kenyataan di Instagramnya.

Kata Sakinah, bukan niatnya dan seluruh kru telemovie itu untuk mempermainkan agama. Kisah yang dipaparkan turut mempunyai mesej yang boleh dijadikan iktibar bersama.

Regarding the issue of people accusing Telemovie Bini Dari… mempermainkan agama I would like to give my response. First of all, I see myself as an actor rather than a comedian so it’s not my intention to make reckless jokes, I’m just glad if my audience are entertained by the story and take iktibar from the messages that we tried to convey. But the character is somehow a hasty, short minded bimbo (or at least she pretended to be), so I acted like a bimbo to the bone .. sampai ke seluar dalam aku pun character bimbo For those yg sesuka hati kecam the drama assuming that we are making fun of agama. well please watch the whole story until the end and grasp the message. Lydia ni bengap ,lenge ala ala naive character who didn’t bother to properly study about agama, just assume with half-baked fact/fatwa especially from google. Lepas tu, she’s going very extreme without guru yang betul or even research it further, dengar pun separuh-separuh. Macam audience yang attack nilah tengok pun agaknya separuh2. It’s not our intention pun to mempermainkan agama, memperli yg u guys sangkakan. Takkanlah kami berani nak buat begitu. The story does contain pengajaran and moral eventhough the characters are a bit bengap so that we can deliver the message through light and funny scenes. Lastly, enjoy the drama, learned from Lydia’s mistake and please watch it legally from Astro decoder and Astro On the Go only, thank you.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Kata Sakinah lagi, penonton harus menonton telemovie tersebut dari awal sehingga tamat baru dapat mengerti mesej yang mahu disampaikan, bukan dengan menonton separuh kemudiannya terus membuat andaian negatif.

Benar juga kata-kata Sakinah itu, semua babak yang dilakonkan adalah untuk menepati karektor perempuan bimbo yang kurang pengetahuan tentang hukum Islam.

Namun kadang-kadang dalam kita ghairah berkarya, mungkin ada isu-isu sensitif terutamanya yang menyentuh tentang agama yang mungkin kita terlepas pandang.

Yang penting, mana komen yang positif kita ambil sebagai panduan untuk masa akan datang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!