84876

Dikritik Pakai Mekap Ketika Solat, Ini Jawapan Fiza - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon cantik Fiza Abdul Halim telah memuatnaik gambar dirinya bertelekung yang dipercayai baru selesai menunaikan solat.

Namun ada seorang netizen telah meninggalkan komen yang mengatakan Fiza memakai alat solek biarpun sedang solat.

whatsapp-image-2018-01-30-at-10-54-16-am

Namun Fiza telah membalas komen netizen berkenaan dengan mengatakan bahawa dia masih lagi waras dan tahu berfikir.

Tambah Fiza lagi, kulitnya mungkin benar-benar cantik sehinggakan tidak memakai alat solek pun kelihatan seperti bersolek.

Di ruangan komen Instagram Fiza juga dipenuhi dengan pujian dari netizen yang pernah terserempak denga Fiza serta mengakui kejelitaan pelakon itu.

whatsapp-image-2018-01-30-at-10-51-28-am-1

Itulah, netizen lain kali jangan sesuka hati tau nak tuduh artis. Tak semua artis tu jahat dan berperangai ‘gila’.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!