72087

Dilabelkan 'Janda Gila Glamor' Oleh Haters. Ini Jawapan Berani Mati Dari Elly Mazlein - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pelakon dan penyanyi Elly Mazlein sering menjadi buah mulut netizen yang kurang senang dengan cara Elly. Ada sahaja yang tidak kena dimata mereka sehingga ada yang mengherdik tindakannya yang dikatakan sengaja mahu mencari publisiti murahan.

Foto Ihsan : EDtv
Foto Ihsan : EDtv

Apa yang memeranjatkan apabila ada segelintir netizen yang sanggup melabelkan Elly sebagai ‘janda gila glamor’ hanya kerana beliau suka memuat naik gambar dan kapsyen yang menggambarkan situasi yang sedang dihadapinya.

Foto Ihsan : Cinema Online
Foto Ihsan : Cinema Online

Haa kepada yang turut bersubahat dalam kritikan yang dilemparkan kepada beliau, kali ini Elly tampil bagi menjawab segala kritikan sehingga tercetusnya nama ‘janda gila glamor’.

“Janda gila glamor? Eh, saya sukalah gila glamor! Adakah salah untuk saya rasa macam tu? Bagi saya seseorang artis, bila dah duduk dalam industri ni memang kena ada perasaan mahu gila glamor. Eh tak kisah lah orang nak kata saya ni apa pun,gila glamor ke, drama queen ke, saya okey saja dan saya suka dengan gelaran seperti itu. Kalau difikirkan dari satu sudut, bukan senang juga nak dapat gelaran macam tu bukan, jadi saya harus rasa gembira.”

Apabila ditanya tentang dakwaan yang ada mengatakan Elly sengaja bersikap sinikal, ini jawapan Elly yang kami di SURIAfm rasa ia sangat bersesuaian dengan apa yang telah beliau hadapi sebelum ini.

“Sekarang, saya cakap saja apa yang saya nak cakap. Bukan apa, dulu, saya selalu kena. Sekarang saya rasa diri saya makin kuat disebabkan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya dah harungi selama ini. Dalam erti kata lain, saya ni dah tak larat nak jaga hati orang lain sebagaimana yang saya selalu buat dulu.”

Kadang-kadang mulut orang ini memang susah kita nak tutup supaya senyap. Apa yang boleh kami pesan adalah jangan cepat melatah dengan apa jua kritikan yang dilemparkan.

Foto Ihsan : Vimeo
Foto Ihsan : Vimeo

Biarlah apa orang nak kata, asalkan diri sendiri tahu sitausi sebenarnya dan DIA tahu apa niat yang kita lakukan. Kang lagi dilayan, lagi menjadi-jadi pula si mulut tempayan itu!

Okay jom kita layan dulu lagu ‘Perawan Atau Janda’ yang dinyanyikan oleh Elly Mazlein ketika program Gegar Vaganza musim ke-3.

Sumber : Utusan Malaysia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!