Dalam keghairahan rakyat Malaysia menonton perlawanan bola sepak Piala Liga Juara-Juara di antara Liverpool dan Real Madrid, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kes perang Twitter di antara Dira Abu Zahar dan juga Syed Saddiq.

Syed Saddiq yang dipercayai dan diyakini hanya bergurau melalui status Twitternya yang meminta supaya SPRM menyiasat penjaga gol Liverpool telah menarik perhatian ramai netizen termasuklah Dira Abu Zahar.

 

Dira telah membalas Tweet Syed Saddiq itu dengan mempersoalkan status Yang Berhormat atau lebih kepada Yang Budak Budak.

Tweet Dira itu telah di balas oleh Syed Saddiq dengan soalan adakah Dira sejenis ‘pembaris’ yang sangat lurus. Beliau turut memohon supaya Dira menjadi lurus dalam menegakkan keadilan.

 

Nama pelakon Sharifah Amani turut terheret sama di dalam isu ini. Kata Amani dalam Tweetnya, beliau tidak faham kenapa Dira cuba untuk cari pasal dengan Syed Saddiq. Katanya lagi orang itu nak menonton bola pun tidak senang.

Perang Twitter di antara mereka berdua telah mendapat reaksi netizen seluruh negara. Rata-rata menyelar tindakan Dira yang dikatakan lebih kebudak-budakan daripada Syed Saddiq.

 

SURIA pun tak tahu lah nak cakap apa lagi. Sepatutnya sebagai individu yang terlibat dengan politik seharusnya bersikap lebih matang dan bukannya memberi perhatian kepada perkara yang remeh temeh seperti ini. Rakyat sekarang sudah lebih bijak dalam menilai mana intan dan yang mana kaca.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!