89335

Dituduh Menipu, Aishah Tunjuk Bukti Video Periksa Permata Palsu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Isu pemberian hadiah barang kemas tiruan seperti yang didedahkan juara Gegarvaganza musim keempat  iaitu Aishah semakin hangat diperkatakan netizen.

Ramai yang terkejut dengan pendedahan Aishah dan berasa marah kerana pihak penaja sanggup menipu penyanyi legenda sepertinya demi kepentingan diri semata-mata.

Namun begitu, Aishah tidak telepas dari pelbagai tohmahan yang dilontarkan kepadanya antaranya beliau dikatakan cuba membuat cerita dan menipu.

Tetapi Aishah bukanlah budak hingusan yang boleh diinjak-injak begitu sahaja, beliau telah memuatnaik dua buah video yang mendedahkan hasil pemeriksaan ketulenan barang kemas berkenaan di sebuah premis barang kemas.

Dalam video itu, kelihatan seorang petugas menggunakan sebuah alat untuk mengesan ketulenan batu permata. Dan apabila diletakkan di barang kemas yang dimenangi oleh Aishah, alat itu tidak berbunyi. Namun apabila Aishah memberikan cincin berlian milik beliau sendiri untuk diperiksa, alat pengesan itu mengeluarkan bunyi menandakan cincin itu adalah asli.

Part 2 video…

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Bila sudah ada bukti seperti ini, apa lagi yang harus kita nilaikan daripada situasi ini? Apa-apa pun kita tunggu sahaja sidan akhbar yang dikatakan akan dilakukan oleh pihak penaja dalam waktu terdekat.

 

 

 

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!