89263

Dituduh Merosakkan Bahasa Arab, Ini Jawapan Bazli UNIC - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kumpulan nasyid popular UNIC telah dihentam oleh seorang individu yang mengatakan bahawa bahasa Arab yang digunakan di dalam bait-bait lirik lagu Deen Assalam itu sebagai ‘hancur’.

Terpukul dengan kenyataan itu, salah seorang vokalis kumpulan UNIC iaitu Bazli telah memuatnaik status yang panjang lebar di Instagramnya.

 

Kata Bazli, bahasa Arab yang digunakan di dalam lagu tersebut telah disemak oleh Syeikh Kareem yang turut menyumbangkan suaranya di dalam lagu itu.

Tambah Bazli lagi, jika individu itu mempunyai niat untuk menegur kesalahan bahasa Arab itu, dia sepatutnya menegur sejak dendangan Nissa Sabyan itu menjadi viral lagi dan bukannya selepas UNIC menyanyikan semula.

Di ruangan komen, netizen pula asyik berbalah di antara satu sama lain. Ada yang menyokong tindakan Bazli malah ada yang sebaliknya.

Entahlah, SURIA pun bukannya arif tentang penggunaan Bahasa Arab ni. Namun jika benar ada kesalahan haruslah ditegur dengan cara yang berhemah dan penuh dengan sifat ingin membetulkan bukannya menjatuhkan seseorang dengan menghentam secara terang-terangan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!