
/wp-content/uploads/2017/06/Screen-Shot-2017-06-08-at-3.37.08-PM.png)
Penyampai radio terkenal Suria, DJ Lin baru-baru ini telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat bertuahnya.
Majlis yang berlangsung di Tino’s Pizza Mid Valley Megamall itu dihadiri oleh 10 pemenang bertuah yang menyertai pertandingan menerusi Facebook Live yang dianjurkan DJ Lin.
Lebih menarik apabila ada peminat yang sanggup datang dari Pahang dan Melaka semata-mata untuk berjumpa dengan penyampai radio kesayangan mereka.
Menurut DJ Lin ini bukanlah kali pertama beliau menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat.
Tetapi kali ini lebih menarik kerana tempat berbuka ditaja oleh Tino’s Pizza yang menyediakan hidangan ala Itali.
Turut hadir pada majlis itu adalah dua anak DJ Lin serta rakan-rakan media.