72719

DJ Lin Buat Sherry Al Hadad Menangis - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ramai yang mengenali aktres dan pengacara Sherry Al Hadad sebagai seorang yang sangat ceria dan kelakar.

Namun semalam, emosi pelakon comel itu tidak lagi mampu di kawal sehingga menumpahkan air mata di konti SURIA.

Semuanya gara-gara Sherry berkongsi kisah cintanya yang tidak kesampaian bersama DJ Lin dalam segmen Apa Itu Cinta.

screen-shot-2017-10-26-at-12-46-32-pm

Sherry yang kali terakhir bercinta pada 11 tahun yang lalu tidak dapat menanhan air matanya daripada mengalir saat menceritakan kenangan lalu yang sukar dilupakan.

Malah kata Sherry, sehingga kini jika ada lelaki yang mahu mendekatinya, dia pasti akan membandingkan dengan temannya yang terdahulu. Begitulah kuatnya cinta Sherry pada bekas kekasihnya yang dikenali sejak dari zaman belajar.

Tambah Sherry lagi, disebabkan memiliki bentuk badan yang tidak sama seperti kebanyakan wanita lain, dia merasa sedikit rendah diri untuk memulakan langkah dalam mengenali insan yang bernama lelaki.

screen-shot-2017-10-26-at-12-45-51-pm

Kadangkala Sherry berfikiran mungkin tuhan mahu dirinya mencintai ibu bapa, keluarga dan sahabat handai disebabkan itu masih belum ada cinta sang jejaka yang bertamu di hatinya.

Sabarlah Sherry, SURIA yakin satu hari nanti, pasti akan ada putera idaman yang hadir dalam hidup Sherry. Mungkin setampan Remy Ishak yang menjadi pujaan hati Sherry?

Bagi anda yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang bicara cinta Sherry bersama DJ Lin, jangan lupa untuk saksikan video Apa Itu Cinta di laman sesawang SURIA, juga di Facebook SURIA Malaysia.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!