90355

DJ Lin Kekal Unggul, Satu-satunya Penyampai Radio Wanita Tembus Top 5 ABPBH31 - Suria FM - Segalanya Hiburan

DJ Lin sekali lagi mengekalkan keunggulannya mempertahankan kedudukan Top 5 penyampai radio popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31).

Malah DJ Lin sekali lagi menjadi satu-satunya penyampai radio wanita yang tercalon bersama empat lagi penyampai-penyampai lelaki.

Alhamdulillah, DJ Lin sangat gembira kerana berjaya membolosi Top 5 untuk kategori penyampai radio popular untuk ABPBH31. Saya sangat terharu dengan sokongan peminat-peminat.

Kalau nak dibandingkan dengan calon-calon lain yang ada, kebanyakan mereka adalah generasi muda dan baru. DJ Lin ini boleh dikatakan otai kerana sudah lebih 18 tahun dalam bidang radio. Masih berada di dalam kelompok lima teratas itu boleh dikatakan satu pencapaian yang hebat“, jelasnya.

Mengendalikan slot kegemaran ramai Suria Cinta, suara emas DJ Lin sentiasa dinantikan oleh pendengar setia SURIA. Tahun ini merupakan tahun ke 12 slot Suria Cinta menemani setiap malam pendengar radio.

Biarpun tewas di tangan Haziq, namun DJ Lin masih berbangga kerana masih diberi kepercayaan oleh pendengar-pendegar radio untuk berada di dalam kedudukan Top 5 biarpun dia tidak berkempen secara besar-besaran.

Sebenarnya untuk ABPBH kali ini, saya sangat-sangat sibuk sampai tak sempat nak memberikan sepenuh perhatian untuk berkempen. Selama beberapa minggu kebelakangan ini saya sibuk dengan acara dengan radio SURIA dimana kami menjelajah ke beberapa negeri untuk konsert Jelajah Suria. Di situ mungkin antara punca nasib tidak menyebelahi DJ Lin kali ini untuk menang”, kongsinya.

Biarpun tewas, namun perkara itu tidak mematahkan semangat ibu beranak dua ini untuk terus bertanding di tahun hadapan. Malah DJ Lin sudah mempunyai rancangan tersendiri yang diaturkan bersama peminat-peminatnya.

Insyaallah saya akan cuba bersaing dengan lebih agresif lagi, di mana saya telah berbincang dengan orang-orang yang rapat dengan saya di mana kita akan merangka strategi untuk meluaskan empayar DJ Lin untuk mengumpul lebih peminat secara rasmi di setiap negeri dan berkempen habis-habisan. Kerana saya rasa jika peminat bersatu hati dan diberi tunjuk ajar dengan betul macam mana cara-cara untuk mengundi, Insyaallah tahun 2019 DJ Lin berjaya untuk bersaing lebih agresif untuk kategori Penyampai Radio Paling Popular“, ujarnya.

DJ Lin juga sudang merangka beberapa aktiviti untuk dilakukan bersama peminat-peminatnya termasuklah mengelilingi satu Malaysia untuk bertemu dengan peminatnya secara rasmi.

Tahniah DJ Lin kerana telah berjaya menjadi satu-satuya wakil tunggal untuk penyampai radio wanita tembus ke Top 5 ABPBH31. Insyaallah kalau ada rezeki, tahun depan DJ Lin sekali lagi naik pentas untuk menerima anugerah berprestij itu. Sama-sama kita doakan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!