73009

DJ Lin Mahu Pertahankan Kemenangan Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahniah Suria ucapkan kepada DJ Lin kerana sekali lagi tercalon dalam kategori Top 5 Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Tahun lepas kita telah menyaksikan DJ Lin merangkul anugerah itu buat kali pertama dalam sejarah kariernya sebagai penyampai radio.

Tahun ini DJ Lin sekali lagi bertanding untuk merebut anugerah yang diidamkan oleh setiap penyampai radio itu.

dj-lin

DJ Lin sewaktu ditemui di Majlis Pra Kemuncak ABPBH berkata beliau bersyukur dicalonkan sekali lagi dan semua ini adalah di atas usaha peminat DJ Lin yang terus konsisten mengundi.

DJ Lin juga optimis mahu mempertahankan kemenangannya untuk kali kedua berturut-turut.

Namun pengendali segmen Suria Cinta ini tetap berasa sedikit gusar dengan saingan hebat calon-calon penyampai lain terutamanya Johan.

djlin

Baru sahaja tewas di tangan Johan di AME2017 yang lalu, DJ Lin mengakui jarak masa undian untuk kedua-dua anugerah ini sangat dekat sehingga menyebabkan fokus peminat sedikit terganggu.

Tetapi kekalahan di AME2017 tidak mematahkan semangat DJ Lin, kerana beliau adalah satu-satunya penyampai radio wanita yang bertanding waktu itu.

Jelas wanita tinggi lampai ini lagi, fokus DJ Lin lebih kepada ABPBH kerana merasakan susah untuk dirinya meraih anugerah di AME2017.

_20170505_092738

Pada malam anugerah yang akan berlangsung pada 14 Mei Itu nanti DJ Lin akan menggayakan busana yang direka khas untuknya oleh Ooi Couture serta disolek dan didandan oleh Eja Acol dan Sarah Cdans.

DJ Lin juga berkata seandainya rezeki memihak kepadanya lagi, beliau berharap kemenangan kali ini mampu melonjakkan sekali lagi nama stesen Suria di mata pencinta seni Malaysia terutamanya kepada peminat setia Suria Cinta.

Kami di Suria sentiasa menyokong DJ Lin dan semoga kemenangan menjadi miliknya pada malam ABPBH nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!