Penyampai radio SURIA FM iaitu DJ Lin sekali lagi tercalon untuk Anugerah Meletop Era 2018 bagi kali kedua berturut-turut.

DJ Lin telah tercalon untuk kategori Penyampai Radio Meletop malah segmen kendalian DJ Lin iaitu SURIA CINTA turut tersenarai sebagai calon Program Radio Meletop.

 

Lebih membanggakan pengedali segmen SURIA CINTA itu merupakan satu-satunya penyampai radio wanita yang tercalon di dalam Top 5.

whatsapp-image-2018-03-07-at-12-55-22-pm-4

Antara calon lain yang bertanding ialah Radin (ERA), Fad (ERA), Jep (SINAR) dan Johan (ERA). DJ Lin merupakan satu-satunya penyampai radio dari stesen bukan Astro yang tercalon.

SURIA CINTA juga merupakan satu-satunya program radio dari radio selain Astro yang tercalon dalam Top 5.

whatsapp-image-2018-03-07-at-12-55-22-pm-3

DJ Lin sewaktu ditemui di majlis sidang media pengumuman calon Top 5 meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana sekali lagi diberi kepercayaan oleh peminat untuk kekal berada dalam senarai Top 5.

“Alhamdulillah biarpun tahun ini DJ Lin agak sibuk kerana harus menggalas dua tanggungjawab iaitu sebagai penyampai radio dan pengurus program sehingga kurang meluangkan masa bersama peminat, namun mereka masih sudi untuk mengundi DJ Lin”, jelasnya.

whatsapp-image-2018-03-07-at-1-02-46-pmDitanya siapakah pesaing terdekat DJ Lin untuk membawa pulang trofi AME pada malam 8 April nanti, Kata DJ Lin beliau melihat Johan dan Radin sebagai pesaing utama.

Tahniah kami ucapkan kepada DJ Lin kerana telah berjaya tercalon sebagai Top 5 AME2018. Jangan lupa untuk undi DJ Lin kalau anda nak lihat DJ kesayangan anda ini membawa pulang anugerah Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!