72518

DNCE Gegar Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kumpulan pop terkenal Amerika, DNCE telah membuat persembahan yang penuh bertenaga baru-baru ini di KL Life Centre.
screen-shot-2017-08-10-at-4-48-08-pm

Ramai peminat yang begitu teruja untuk menyaksikan persembahan DNCE yang dianggotai oleh Joe Jonas, Cole Whittle, Jinjoo Lee dan Jack Lawless ini.

screen-shot-2017-08-10-at-4-43-12-pm

20 lagu dipersembahkan dengan penuh bertenaga pada malam itu. Selain dari menyanyi lagu sendiri, DNCE turut menyanyikan lagu-lagu pop terkenal dunia seperti Oops I did It Again dari Britney Spears, Wannabe dari Spice Girls dan beberapa lagi.

screen-shot-2017-08-10-at-4-50-31-pmscreen-shot-2017-08-10-at-4-44-25-pm

Selain dari nyanyian yang bertenaga, pemain gitarnya Cole Whittle turut mencuri tumpuan dengan pakaian serta gaya uniknya yang gila-gila di atas pentas.

screen-shot-2017-08-10-at-4-46-51-pm

Antara selebriti tempatan yang kelihatan muncul pada malam itu ialah kumpulan Bunkface.

screen-shot-2017-08-10-at-4-48-22-pm

DNCE berada di Kuala Lumpur bersempena dengan jelajah Asia Tenggara mereka dan Malaysia menjadi pilihan pertama mereka membuat persembahan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!