87833

“Doakan Yang baik-Baik” – Aidil Aziz - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu ini panas apabila sebuah video yang menunjukkan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz sedang berpelukan di sebuah lapangan terbang tular di media sosial.

Melihatkan kemesraan yang ditunjukkan di dalam video itu, ramai yang menganggap bahawa Fasha dan Aidil sedang dilamun cinta.

Terbaru, Aidil telah memuatnaik gambarnya bersama Fasha di Instagram beserta kapsyen yang menguatkan lagi spekulasi yang sedang bertebaran.

Dalam kapsyen itu, Aidil meminta supaya mendoakan yang baik-baik sahaja. Ruangan komen di gambar itu dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat kedua-dua pelakon itu. Tidak terkecuali rakan-rakan selebriti.

Andai benar kalian bercinta, SURIA doakan semoga cepat-cepat naik pelamin takut kalau tunggu lama-lama nanti dikebas orang pulak ya! Lagipun mereka berdua nampak sepadan sangat.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber