72710

Doktor 'Viral' Sedia Terjun Ke Bidang Lakonan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dr Shazril yang pernah tular kerana memilik rupa paras yang kacak dan tubuh yang sasa sehingga membuat wanita Malaysia tidak keruan mengakui bahawa dirinya teringin bergelar pelakon.

screen-shot-2017-10-24-at-1-26-20-pm

Dr Shazril atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin 29, baru sahaja menamatkan khidmatnya sebagai doktor di hospital kerajaan di Terengganu. Namun dia masih bergelar seorang doktor.

screen-shot-2017-10-24-at-1-13-28-pm

Memiliki rupa paras yang tampan persis seorang model, ramai yang bertanya kenapa jejaka ini memilih untuk menjadi seorang doktor dan bukannya selebriti.

screen-shot-2017-10-24-at-1-27-56-pm

Sebenarnya Dr Shazril lahir dari latar belakang keluarga yang terlibat dengan dunia perubatan.

screen-shot-2017-10-24-at-1-16-36-pm

“Ibu dan bapa saya adalah seorang ahli farmasi, kakak saya yang sulung juga seorang ahli farmasi manakala kakak keduanya juga merupakan seorang doktor.

Pada mulanya saya ingin melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi massa, tetapi keluarga mahukan saya meneruskan legasi dalam bidang perubatan”, jelasnya.

screen-shot-2017-10-24-at-1-19-17-pm

Katanya lagi, pada mulanya dirinya rasa agak terpaksa untuk belajar bidang perubatan, namun lama-kelamaan dia mula berasa seronok mendalami ilmu perubatan.

screen-shot-2017-10-24-at-1-29-19-pm

Ditanya adakah dirinya tidak berminat untuk terjun ke bidang lakonan memandangkan beliau memiliki raut wajah yang komersial, katanya dulu pernah ada tawaran lakonan yang dihulurkan kepadanya. Namun beliau terpaksa menolak kerana kekangan kerja sebagai doktor di sektor kerajaan.

screen-shot-2017-10-24-at-1-22-31-pm

“Umie Aida dan Haji Zil pernah menawarkan saya untuk berlakon. Tapi dulu saya tak pernah terfikir untuk terjun ke bidang lakonan. Isteri saya juga takut saya lalai dalam bidang lakonan. Lepas ni kena tanya dia balik la”, katanya sambil ketawa.

screen-shot-2017-10-24-at-1-24-25-pm

Kini selepas tidak lagi terikat dengan kerajaan, Dr Shazril sudah bersedia untuk mencuba bidang lakonan. Dr Shazril juga kerap kali berlakon untuk iklan televisyen. Terbaru beliau bakal tampil dengan iklan terbaru Safi Rania Gold bersama model dan aktres dari Indonesia Faradina Mufti.

SURIA ucapkan semoga berjaya dalam bidang lakonan dan teruskan menjadi inspirasi kepada belia di luar sana.

 

Kredit Foto : Instagram Dr Shazril

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!