88322

Drama Nur 2 Bakal Diterbitkan? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam melalui kemaskini terbaru akaun Instagram Radius One Official, mereka telah memuatnaik sebuah gambar yang seakan memberi petunjuk bahawa akan ada sambungan drama hit, Nur.

Drama Nur telah mencetuskan fenomena luar biasa pada bulan Ramadan yang lalu apabila berjaya membuat 12 juta penonton melekat di hadapan kaca televisyen setiap malam.

Namun SURIA sendiri tidak pasti sejauh mana kesahihan berita ini kerana belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak Radius One mahupun TV3 sendiri.

Ramai peminat drama ini meninggalkan komen bahawa mereka teruja dan tidak sabar untuk menonton kesinambungan kisah ustaz Adam dan Nur.

Namun ada juga netizen yang merasakan drama Nur ini tidak patut disambung dan mahu ia kekal menjadi legenda sebegitu.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!