88948

DS Aliff Syukri Nak Jadi Ahli Politik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi siapa yang mengikuti Instagram jutawan kosmetik terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri, pasti sudah terbiasa dengan kemaskini tentang soalan yang ditanya oleh netizen kepada beliau.

Terbaru ada netizen yang bertanya apakah benda yang beliau inginkan tetapi belum tercapai.

Balasnya kepada soalan itu ialah, beliau mahu menjadi ‘sado’ (sasa), menjadi ahli politik dan juga mahu menjadi terkenal di Indonesia.

Namun ramai netizen yang meminta supaya pelakon filem Badang itu tidak terjun ke bidang politik.

Agak-agaknya impian Dato’ Sri Aliff Syukri untuk jadi ahli politik di Malaysia akan tercapai tak? Macam mana agaknya kalau Dato’ Sri Aliff berbahas di dalam Parlimen ya? Pasti kecoh jadinya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!