99813

Dua Bulan Menyepi, Zayn Malik Buat ‘Comeback’ Di IG… Peminat Jadi Tak Keruan - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS hampir dua bulan menyepi dari laman sosial, bekas anggota kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik, 27, kembali dengan sebuah entri yang dikongsikan di Instagram pada Jumaat.

Menerusi foto selfie yang dimuat naik tanpa kapsyen itu, mata penyanyi lagu Pillowtalk ini kelihatan berkaca.

Gambar yang kini memperoleh kira-kira 6 juta tanda suka (likes) dan 300,000 komen menerima reaksi positif peminat.

“Kongsikan rutin penjagaan wajah awak.

“Kami merindui awak selama ini.

“Awak apa khabar, Z? Saya harap semuanya baik-baik saja. Kami merindui awak,” tulis beberapa netizen.

Zayn dan pasangannya, model antarabangsa Gigi Hadid, 25, kini sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka yang dijangka bakal lahir pada Disember ini.

Kredit gambar dan artikel dari mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...