99730

Dua Minggu Dirawat, Aishwarya Rai Dan Anak Disahkan Bebas Covid-19 - Suria FM - Segalanya Hiburan

AKTRES terkenal Bollywood Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya disahkan negatif Covid-19.

Berita itu dikongsi suaminya yang juga pelakon Abhishek Bachchan menerusi laman Twitter pada Isnin.

Aishwarya dan anaknya dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif virus itu pada 12 Julai lalu.

Bagaimanapun, Abhishek dan bapanya pelakon terkenal Amitabh Bachchan yang terdahulu disahkan positif virus itu masih di bawah pemerhatian pihak perubatan.

“Terima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan. Saya rasa sangat terhutang budi. Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan negatif dan dibenarkan pulang.

“Mereka sekarang berada di rumah. Saya dan ayah masih di hospital bawah jagaan staf perubatan,” tulis Abhishek.

Abhishek Amitabh disahkan positif Covid-19 pada 11 Julai lalu.

Sebaik saja keputusan pemeriksaan tersebut dikeluarkan, mereka dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai, India.

Kredit artikel mStar dan Indiatimes

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...