72213

Dua Orang Pengacara Program Tampil Jawab Isu Mempersendakan Mendiang Ayah Watson Nyambek - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini satu program terbitan Primeworks Studios telah mencetuskan kemarahan netizen apabila pengacara program tersebut dengan beraninya mempersendakan nama mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara iaitu Watson Nyambek.

Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Ekskutif Primeworks Studios Sdn Bhd iaitu Datul Ahmad Izham Omar telah tampil bagi memohon maaf secara terbuka kepada bekas atlet tersebut dan berasa kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak beliau.

watson

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SAUDARA WATSON NYAMBEK

Saya mewakili Primeworks Studios Sdn Bhd (“Primeworks Studios”), selaku Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat penerbit rancangan Sukan tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9, dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.

PWS telah memberi peringatan kepada semua kakitangan kami untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan. Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang kembali. Kejadian yang telah berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Kami amat menghormati saudara Watson, ayah dan keluarga beliau. Saudara Watson adalah seorang jaguh pecut negara serta atlit yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara.

Dengan itu, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Datuk Ahmad Izham Omar
Ketua Pegawai Eksekutif
Primeworks Studios Sdn Bhd

Permohonan maaf yang disiarkan menerusi akaun Instagram milik TV3 itu mendapat kritikan hebat dari netizen yang menyelar tindakan Primeworks yang seakan-akan tidak peka dengan isu-isu sensitiviti.

watson4watson1watson2watson3Susulan dari itu, pengacara program tersebut iaitu Marsha dan Amar juga telah tampil dengan memuat naik gambar beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya bagi meluahkan rasa bersalah terhadap seluruh keluarga Watson dengan apa yang terjadi.

amar

Merujuk kepada program Sukan Tak Sentral yang telah diulang tayang baharu-baharu ini, dengan rendah diri saya ingin memohon maaf secara peribadi kepada keluarga saudara Watson Nyambek kerana tanpa sedar telah mempersendakan nama baik ayah beliau.

Saya amat menghormati atlet negara tersebut atas kejayaan yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Saya juga amat berterima kasih dan menerima segala komen yang diberikan dan ianya akan dijadikan panduan untuk saya menjalankan tugasan saya di masa akan datang untuk menjaga sensitiviti masyarakat dan negara.

Sekali lagi, saya memohon maaf kepada di atas kesilapan ini dan akan memastikan perkara ini tidak akan diulangi.

Azizul Ammar Abu Hassan

marsha

Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga atlet yang telah mengharumkan nama negara, saudara WATSON NYAMBEK dan semua yang terkesan dengan persembahan kami dalam program SUKAN TAK SENTRAL.

Terima kasih diucapkan di atas komen – komen yang membina serta sokongan padu dari anda semua. Semoga kejadian ini dapat dijadikan panduan untuk kami agar lebih peka dengan sensiviti masyarakat sekeliling.

Dengan itu, saya dan juga pihak produksi ingin memohon maaf sekali lagi dan amat menyesali dengan apa yang telah berlaku dan akan memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi demi kesejahteraan semua.

Kami di SURIA berharap agar isu sebegini tidak akan berulang kembali dan tindakan pihak Primeworks Studios dan pengacara program yang telah tampil untuk memohon maaf adalah tindakan yang baik buat masa sekarang.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!