100638

Dua Tahun Spekulasi Bercinta, Akhirnya Liam Payne, Maya Henry Sah Bertunang! - Suria FM - Segalanya Hiburan

ANGGOTA kumpulan One Direction Liam Payne dilaporkan sudah bertunang dengan teman wanitanya iaitu model Maya Henry.

Berita itu disahkan jurucakap Liam, 26 kepada Us Weekly pada Jumaat.

“Ya, mereka sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi,” ujar jurucakap Liam.

Spekulasi pertunangan Liam dan Maya tersebar selepas model itu dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya ketika keluar makan malam di London, England bersama Liam pada Khamis.

Cincin tersebut dikatakan bernilai $3 juta (RM12.5 juta).

Liam dan Maya menjalinkan hubungan pada tahun 2018 namun tidak pernah bercakap tentang hubungan mereka secara terbuka.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...