97804

Duduk Diam Di Rumah, Nia Ramadhani Hanya Bangun Tidur, Mekap Dan Makan! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nia terpaksa melalui rutin yang sama setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

PELAKON Indonesia Nia Ramadhani terpaksa akur dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Nia berkata dia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan melakukan rutin yang sama setiap hari.

Menerusi Instastory, Nia berkongsi rakaman aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin itu.

“Kegiatan hari ini sama dengan semalam.. iaitu apa?

“Bangun tidur, mekap, terus selepas itu makan, buang mekap, terus tidur. Teruja kan?,” katannya.

Sementara itu, bagi menghilangkan kebosanan anak-anak, Nia memberitahu dia membina taman permainan mini di halaman belakang rumahnya.

Ia memberi peluang kepada anak-anak untuk bermain di waktu petang.

Selain itu, isteri kepada Ardi Bakrie ini turut mengisi waktu dengan bermain piano.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...