Setelah mencipta fenomena di Malaysia, Brunei dan Singapura, filem Dukun yang menjaya mengutip sebanyak RM11 juta akan ditayang dan bertanding di beberapa festival antarabangsa.

Terbaharu Astro Shaw mengesahkan filem arahan Dain Said tersebut telah terpilih untuk ditayangkan di Amerika Syarikat bersempena New York Asian Film Festival 2018 (NYAFF) kali ke-17.

Festival itu yang bermula sejak 29 Jun lalu sehingga15 Julai anjuran Subway Cinema and Film Society of Lincoln Center adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada filem-filem Asia untuk diiktiraf dan ditayangkan di New York.

Dukun juga akan dipertandingan dalam kategori Audience Awards dimana pemilihan dibuat berdasarkan undian pengkarya filem dan penonton filem tempatan. Pemenang akan diumumkan pada hari terakhir festival.

Melalui laman sesawang yang disediakan oleh pihak penganjur, slot tayangan filem Dukun adalah pada Jumaat, 13 Julai bertempat di SVA Theatre.

Untuk keterangan lanjut layari https://www.filmlinc.org/films/dukun/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!