85565

Dukun : Penantian Lebih Sedekad Yang Berbaloi - Suria FM - Segalanya Hiburan

dukun-main-poster

Setelah lama menanti, filem Dukun yang pernah diharamkan tayangannya sekitar 12 tahun lalu, akhirnya menemui pencinta filem tempatan.

Filem yang agak kontroversi ini sememangnya sudah lama ditunggu oleh rakyat Malaysia sewaktu penggambarannya mula dilakukan lebih sedekad lalu. Ia menjadi begitu sensasi kerana kononnya cerita yang dipaparkan di dalam filem tersebut adalah berdasarkan kisah benar kes bomoh wanita Mona Fandey yang dihukum gantung sampai mati kerana dituduh membunuh seorang ahli politik gara-gara amalan ilmu hitam.

diana-umie-aida-performs-ritual-on-sara-avaa-vanja

Kes ini yang satu ketika dahulu menggegarkan rakyat Malaysia menjadi bualan ramai dan tidak hairanlah kala difilemkan, ramai yang ternanti-nanti untuk menontonnya.

Namun, sebaik sahaja selesai penggambaran dan siap untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai, filem tersebut tiba-tiba diharamkan tayangannya atas pelbagai sebab yang diusulkan oleh pihak berkuasa.

Tanpa disangka-sangka 12 tahun kemudian filem ini akhirnya mendapat kelulusan dan diberi kebenaran untuk ditayangkan kepada umum. Ternyata penantian lebih sepuluh tahun itu memang berbaloi.

diana-umie-aida-in-trance-39

Selain itu, gimik pemasaran yang dilakukan untuk mempromosikan filem ini juga berjaya sehingga menjadi tular di pelbagai laman media sosial. Semua tertanya-tanya tentang kemunculan perempuan berkebaya merah dan akhirnya semua sudah terjawab.

Biarpun di awal filem terdapat kenyataan yang mengatakan filem ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau menanti, penonton pasti tidak dapat lari daripada mengaitkan kisah ini dengan kes Mona Fandey yang berlaku lebih 20 tahun lalu.

karim-faizal-hussin-and-diana-umie-aida-1

Walau bagaimanapun filem ini tidak menghampakan sama sekali. Berkat lakonan hebat Umie Aida dan juga Faizal Hussein serta arahan Dain Said, kisahnya masih dapat diceritakan dengan baik biarpun ia dibikin lebih 1o tahun yang lalu.

_mg_9346

Jadi jika anda memang sudah lama ingin mengetahui apakah kisah yang dipaparkan dalam filem ini, pastikan anda menonton Dukun yang sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 5 April 2018.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!