86934

“Dulu Artis Seksi, Tergedik, Dan Melalak Sakan Juga” – Safiey Illias - Suria FM - Segalanya Hiburan

Usahawan kosmetik yang pernah menjadi pondan, selepas itu bertaubat menjadi lelaki dan kini kembali semula menjadi pondan iaitu Safiey Illias telah memohon supaya orang ramai tidak terlalu menghentam rakannya Faiz Roslan.

Dalam status yang dimuat naik Safiey di Instagramnya, dia mengakui bahawa golongan sepertinya tidak baik tetapi dia meminta supaya golongan sepertinya tidak dipulaukan.

Kata Safiey lagi dia turut menyokong perbuatan mana-mana artis untuk menegur tetapi janganlah melampau. Tambahnya setiap orang ada buku lama. Artis dulu pun seksi, tergedik dan menyanyi melalak juga.

Safiey turut mengakui dirinya sendiri tergelincir dan tidak patut bercakap bab-bab sebegini. Katanya jika tidak boleh tergur secara berhemah, dia memohon supaya orang diluar sana berdoa di dalam hati dan bangun solat Tahajjud tiap-tiap malam untuk mendoakan mereka.

Nasihat SURIA kepada Safiey, apa kata Safiey dan Faiz sama-sama berikhtiar usaha dan tawakal untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Kita tidak boleh mengharap doa orang semata-mata untuk kita. Tak kan kita nak harap semua ustaz datang tegur kepada kita baru kita nak perbaiki kesilapan kita? Gunakanlah media sosial sebaiknya.

Lepas ni Safiey boleh buat video ‘Kau Puasa Ke Tak’ kepada sahabat baik Faiz Roslan ya. Mana tahu kalau Faiz nak dengar cakap Safiey. Selamat berpuasa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!