72454

Dunkirk Bukan Filem Perang Biasa - Suria FM - Segalanya Hiburan

intl_main_1sht_dunkirk_vdk-20-july-01

Banyak yang telah diperkatakan tentang filem ini sebelum ia mula ditayangkan di pawagam. Setiap kali sedutannya dimainkan, ramai juga yang tertanya-tanya apakah kehebatan dan keunikannya.

bb-00815cc

Dunkirk merupakan filem terbaru arahan Christopher Nolan yang terkenal dengan karya-karya hebat lain seperti Inception, siri filem Batman The Dark Knight dan banyak lagi. Dalam lambakan filem-filem Hollywood yang berkisar dunia fantasi adiwira dan juga filem-filem seram, filem perang Christopher Nolan ini tampil dengan sesuatu yang lebih segar.

bb-13169msg

Filem yang berlatarbelakangkan zaman perang dunia kedua ini menceritakan tentang perjuangan askar-askar Inggeris yang terperangkap di kota Dunkirk di Perancis bersama-sama tentera Perancis lain dan cuba untuk keluar dari kota tersebut setelah dikepung oleh tentera Nazi Jerman dan juga sekutu-sekutu mereka.

bb-sdtkt-002

Mungkin jalan ceritanya kedengaran mudah, tapi cara Christopher Nolan mengolah senarionya membuatkan Dunkirk tampak jauh berbeza dari filem-filem perang sebelum ini.

bb-06025msgcc

Berbanding Pearl Harbour dan kebanyakan filem perang lain yang biasanya ada sub-plot atau cerita sampingan seperti kisah cinta dan keluarga, Dunkirk tidak mempunyai semua itu. Filemnya hanya fokus kepada agenda utama para tentera yang ingin menyelamatkan diri dan keluar dari Dunkirk.

 

Ia ditambah lagi dengan lakonan meyakinkan daripada bintang-bintang seperti Fionn Whitehead, Tom Glynn-Carney, Jack Lowden, dan juga bekas ahli kumpulan One Direction, Harry Styles, yang ternyata ada bakat terpendam dalam bidang lakonan.

Dengan kesan bunyi yang hebat mengiringi setiap pergerakan dan aksi, Dunkirk sememangnya sebuah filem perang yang unik dan harus ditonton.

Dunkirk sudahpun mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!