84838

Dynas Mokhtar Sering Dicop Perempuan Jahat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar sering dicop atau dilabel sebagai perempuan jahat gara-gara sering membawakan watak antagonis dalam drama ataupun filem.

Terbaru, Dynas sekali lagi membawakan watak antagonis dalam filem terbaru lakonannya iaitu Bukan Cinta Malaikat yang diarahkan oleh Aziz M. Osman.

“Saya sering dicop sebagai perempuan jahat bermula dari drama Janji Diana dulu. Saya pernah masuk lift dan tiba-tiba ada seorang ‘aunty’ ketuk saya dengan payungnya kerana marah dengan karektor saya dalam Janji Diana. Tetapi ia pengalaman yang melucukan”, jelasnya.

Tambah Dynas lagi, dia teringin membawakan watak perempuan baik dan pasti akan memberikan persembahan yang terbaik untuk melunaskan watak itu.

“Saya jarang dapat watak perempuan baik. Mungkin kerana wajah saya yang kelihatan garang. Tetapi kalau saya dapat watak baik, pasti saya akan buat ‘research’ dan berkerja lebih untuk menjayakan watak itu.

whatsapp-image-2018-01-17-at-1-01-09-pm

Tahun ini Dynas bakal sibuk dengan persiapan untuk perkahwinannya. Namun wanita tinggi lampai ini masih belum mahu berkongsi tarikh hari bahagianya itu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!