72110

Dynaz Mokhtar dan Idris Khan bergandingan - Suria FM - Segalanya Hiburan

024
Pembabitan selebriti dalam kerja-kerja amal bukanlah sesuatu yang baru, malah ia sudah menjadi lumrah di seluruh dunia. Kuasa dan tanggungjawab yang ada pada selebriti dapat membantu mempengaruhi serta mengajak para pengikut mereka dan orang awam untuk sama-sama membantu melakukan kebaikan.

Terbaru, pelakon popular Dynaz Mokhtar dan juga Idris Khan tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Pembabitan mereka telah diumumkan di acara anjuran Klinik Pakar Kulit terkemuka Dr Ko yang turut sama akan menyambut Hari Pengasas KO untuk kali kedua bersama golongan kurang bernasib baik.

Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan menyumbang RM1 untuk setiap transaksi di klinik mereka kepada badan kebajikan yang terpilih iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia. Promosi khas turut ditawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini.

Bagi Dynaz Mokhtar dan Idris Khan yang sudah sedia maklum tentang kehebatan klinik Dr Ko pula, mereka akan cuba membawa keceriaan kepada anak-anak yang menghidap barah ini.

“Secara peribadi, saya sendiri sudah kehilangan beberapa orang kawan gara-gara penyakit barah atau kanser. Malah jiran sebelah rumah saya sendiri meninggal dunia gara-gara penyakit tersebut. Jadi, saat saya diberikan peluang ini, saya rasa ia merupakan satu tanggungjawab buat saya sebagai selebriti untuk menghulurkan sedikit bantuan secara ikhlas. Sokongan para selebriti dalam acara amal saya rasa sentiasa memberikan impak yang besar dan saya percaya, lebih banyak kita beri, lebih banyak kita terima,” jelas Dynas.

Begitu juga pendapat Idris Khan yang turut sama terbabit dalam acara ini.

“Pembabitan saya masih agak baru dalam dunia seni hiburan tempatan kalau nak dibandingkan dengan Dynaz. Namun saya percaya berbuat baik tidak perlu menunggu waktu. Sekiranya saya ada masa yang terluang sedikit untuk membawa kebahagiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik, kenapa tidak? Jadi sebab itu saya tidak berfikir dua kali untuk menyertai projek amal ini,” ujar Idris.

012

Sepanjang 19 tahun dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr. Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.

Maka, Hari Pengasas KO diperkenalkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun. Dr Ko sendiri menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini.

Hari Pengasas KO tahun ini dianjur bersama dengan Make A Wish Creations – sebuah organisasi yang merealisasikan impian kanak-kanak yang menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa – dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, sila layari www.foundersday.koskinspecialist.com.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!