95992

Ed Sheeran Berhenti Merokok, Berat Badan Turun Mendadak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Ed Sheeran mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan hampir 30 kilogram (kg) sejak mengamalkan gaya hidup sihat bermula tiga tahun lalu.

Menurut Hollywoodlife, Ed memberitahu dia telah memulakan senaman dan berhenti merokok bagi mendapatkan berat badan ideal.

“Saya berhenti merokok dan menjalani gaya hidup sihat, lebih-lebih lagi setelah mengetahui kondisi paru-paru saya.

“Tujuannya adalah untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan stamina ketika berada di atas pentas. Kini saya lebih sedar mengenai amalan gaya hidup sihat!,” katanya.

Perubahan berat badan Ed mula dapat dilihat sewaktu konsert jelajahnya, baru-baru ini.

Terdahulu, pada tahun 2016 semasa konsert jelajah X dia memiliki berat badan sekitar 101 kilogram.

Terkini, berat badannya berkurang menjadi 76 kilogram.

Malah, penyanyi lagu Shape Of You ini meluahkan hasrat untuk menyertai larian maraton pada masa akan datang.

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!