87894

Eiffel I’m In Love 2 Temui Penonton Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Akhir setelah beberapa bulan ditayangkan di Indonesia, filem Eiffel Im in Love 2 bakal menjengah pawagam Malaysia pada 5 Julai 2018 ini.

Filem yang dibintangi oleh Shandy Aulia dan Samuel Rizal itu merupakan kesinambungan daripada filem yang sama 14 tahun yang lalu.

Kisah percintaan di antara Adit (Samuel Rizal) dan Tita (Shandy Aulia) diteruskan tetapi kini mereka lebih dewasa.

Setelah berbelas tahun bercinta, akhirnya Tita merasakan sudah tiba masanya untuk dia menikah. Cinta jarak jauh di antara Tita yang tinggal di jakarta dan Adit yang tinggal di Paris sering mengundang perbalahan di antara mereka.

Disaat Tita membuat keputusan untuk menikah, seorang jejaka baru hadir dan cuba mendekati dirinya. Bapa Tita membuat keputusan untuk menetap di Paris setelah membeli sebuah restoran di sana.

Tita nyata gembira dengan keputusan itu kerana akhirnya bisa dekat bersama kekasihnya Adit dan berharap akan dilamar Adit saat dirinya berada di Paris. Namun di sana Tita mendapati Adit rapat dengan seorang perempuan sehingga mengundang perbalahan di dalam hubungan mereka.

Apakah yang akan berlaku dalam hubungan cinta Adit dan Tita? jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan bermula 5 Julai ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber