91222

Elak Kontroversi, Drama Isteri Untuk Disewa Tukar Tajuk - Suria FM - Segalanya Hiburan

Drama popular lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah iaitu Isteri Untuk Disewa mengundang kontroversi kerana tajuknya.

Tajuk Isteri Untuk Disewa itu membuatkan ramai yang beranggapan terdapat babak menyewakan isteri di dalam drama itu.

Kontroversi tajuk drama itu turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan.

Namun pengarah drama berkenaan iaitu Osman Ali telah pun tampil membuat penjelasan bahawa tiada babak seumpama itu (menyewakan isteri) di dalam drama berkenaan.

Disebabkan tidak mahu terus menerus dilanda kontroversi kerana drama itu masih sedang ditayangkan di kaca televisyen, pihak produksi telah membuat keputusan untuk menukar tajuk drama berkenaan.

Kini drama tersebut diberi tajuk baru iaitu ‘Isteri Bukan Untuk Disewa’.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber