91431

Elfira Loy Akhirnya Kongsi Wajah Tunang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular Elfira Loy akhirnya berkongsi wajah tunangnya buat sekian kalinya.

Elfira telah memuatnaik gambarnya bersama dengan tunangnya itu di Instagram berserta kapsyen “Power Rangers Pink dan Power Rangers Hitam”.

Gambar itu diambil sewaktu pasangan sama cantik sama padan itu menghadiri majlis resepsi pelakon Indonesia iaitu Baim Wong yang merupakan teman baik Elfira.

Sebelum ini Elfira sudah pernah memuatnaik gambarnya bersama tunangnya namun dalam gambar itu tunangnya memakai cermin mata gelap.

Mereka berdua telah bertunang dalam sebuah majlis privasi pada bulan September yang lalu.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!