
/wp-content/uploads/2018/02/Screen-Shot-2017-12-19-at-3.10.33-PM.png)
Pelakon terkenal Elfira Loy telah mendedahkan bahawa dia telah berbelanja sebanyak RM10,000 sewaktu membeli belah di gedung kecantikan SEPHORA sewaktu berkunjung ke Amerika Syarikat.
Perkara itu didedahkan Elfira dalam satu video terbitan Twinkle TV dimana Elfira memunggah kembali semua barangan yang dibelinya di SEPHORA.
Kebanyakkan barang yang dibeli oleh Elfira adalah alat solek dari pelbagai jenama yang hanya boleh didapati di sana. Salah satu pembayang mata yang dibeli oleh Elfira berharga RM690 sekotak.
Fuh! Memang menangis kalau peminat alat solek tonton video Elfira ni! Banyak sangat alat-alat solek yang diidamkan oleh ramai wanita di luar sana kini menjadi milik Elfira.
Video Elfira itu telah menjadi tular di media sosial dan dikongsi lebih dari 10 ribu kali.
Bukan netizen Malaysia namanya kalau tiada kata-kata kecaman. Ada yang memberi komen Elfira membazirkan RM10,000 begitu sahaja dan lebih baik digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat. Namun ada juga yang menjadikan Elfira sebagai inspirasi mereka untuk berkerja keras seperti Elfira dan memiliki apa yang diidamkan dengan usaha sendiri.
Ok lah SURIA pun nak pergi SEPHORA juga lah! Tapi nak pergi cuci mata jer! Nak beli gincu RM10 pun fikir 10 kali! Hiks!