89442

Elfira Loy Bertunang Dalam Diam? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pertunangan pelakon popular Elfira Loy bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Faris.

Berita mengenai pertunangan mereka telah dilaporkan menerusi laman portal hiburan Astro Gempak yang turut menyiarkan gambar pertungan mereka.

Walaubagaimanapun, Elfira tidak mengumumkan perkara itu di akaun media sosialnya kerana majlis itu dikatakan dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Jejaka berkenaan dikhabarkan bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara.

Khabar angin mengenai hubungan mereka mula bertiup kencang selepas Elfira memuatnaik foto dirinya bersama seorang jejaka berserta kapsyen “Buang Kebencian. Lahirlah Kebahagian”.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Elfira dan pasangan. Semoga ikatan ini akan berakhir dengan ijabkabul sebagai suami isteri.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!