72244

Elfira Loy Minta Pengikut Instagramnya Campak Mulut Ke Dalam Longkang. - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Gambar ihsan Instagram Elfira Loy
Gambar ihsan Instagram Elfira Loy

Data internet pun ada hadnya inikan pula tahap kesabaran seseorang yang bergelar manusia.

Itulah yang terjadi kepada pelakon cantik yang berkening tebal Elfira Loy apabila gambar yang dimuatnaiknya di Instagram sempena hari jadi Sufian Suhaimi mendapat komen biadap dari netizen.

el1

Netizen yang menggunakan nama Liyanaabakri itu telah memberi komen mengatakan Elfira sanggup memilih penyanyi Sufian Suhaimi yang berwajah ‘nerd’ kerana terdesak.

el2

Elfira yang telah membaca komen itu telah membalas dengan menyuruh netizen itu mencampakkan mulutnya ke masuk ke longkang.

el4

Selepas Elfira mengeluarkan komen itu, ruangan komen di gambar itu terus dibanjiri dengan komen-komen dari pengikutnya yang lain.

el3

Ramai pengikut Instagram Elfira yang gigih untuk melihat ruangan komen bagi melihat sendiri komen dari Liyanaabakri itu.

Rata-rata mereka menyokong tindakan Elfira serta mengecam Liyanaabakri.

Kami rasa komen Liyanaabakri itu sama sekali tidak patut. Budi bahasa itu budaya Kita. Apatah lagi sebagai orang Melayu.

Sepatutnya kita mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini. Lagipun kedua-duanya masih muda dan masih panjang lagi perjalan seni mereka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!